Sunday 5 July 2015

Mengapa Aku Pilih Untuk Berhijab?


  
Firman Allah S.W.T:

"Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min; hendaklah mereka melabuhkan jilbab  keseluruh tubuh mereka. ini supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun, Maha Penyayang."

(al-Ahzab:59)

"hendaklah mereka melabuhkan jilbab keseluruh tubuh mereka" menjelaskan bahawa Allah menyuruh kaum wanita  supaya menutup auratnya. Ini kerana Allah mengangkat martabat kaum wanita. oleh itu setiapdari kita perlulah menjaga aurat supaya terpelihara maruahnya. Sedangkan Allah telah mengangkat darjat wanita, masakan kita sendiri yang yang mencemarkan maruah dengan mempertontonkan aurat sewenang-wenangnya kepada mata-mata liar (ajnabi) yang memandang penuh nafsu.

Tetapi ramai kaum wanita yang berhijab membalut aurat mereka seperti bungkusan nangka yang tergantung di pokok. Malah hal ini adalah dilarang sama sekali didalam syariat Islam. Aurat ditutupi dengan kain yang tebal yang tidak menampakkan susuk badan, bukan dibaluti malah ia dilihat seakan-akan kamu sedang bertelanjang.

Apa yang dimaksudkan dengan aurat;
dari segi bahasa: aib
dari segi istilah: bahagian-bahagian tertentu pada bahagian badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan melihatnya (bukan mahram). 



Dipetik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus;
"Bertudunglah walau TERPAKSA, solatlah walau TERPAKSA, kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA.
Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita menemukan HIKMAH dan akhirnya hati kita akan manjadi IKHLAS kerana-Nya.
Kalau hendak tunggu IKHLAS, sampai bila? Sampai bila baru nak beribadah?
HIDAYAH perlu DICARI, bukan DITUNGGU, seperti makan ia tidak akan datang sendiri tetapi perlu disuap."



Batasan aurat wanita mengikut mazhab Imam al-Syafi'e ialahseluruh anggota badan kecuali muka dan kedua telapak tangan

Jujur, aku tertawan melihat wanita muslimah yang berhijab labuh. Mereka terlihat sangat indah dan terjaga maruahnya ditambah dengan akhlak dan budi pekerti yang baik. Alhamdulillah berkat sokongan dari rakan-rakan usrahku, aku mula berjinak-jinak dengan hijab yang lebih labuh.

Banyak kelebihan daripada berhijab, antaranya:
  1. Terhindar dari mata-mata liar para lelaki ajnabi bahkan mereka lebih menghormati dan segan dengan wanita yang berhijab berbanding tidak berhijab.
  2. Mencegah dari sinaran matahari yang berlebihan.Menurut kajian Sains, 40-60 peratus kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala. Oleh itu, dengan menutupnya dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.  
  3. Wanita berhijab boleh mnghindari diri dan orang yang memandang dari mendapat dosa
  4. Wanita yang berhijab kebanyakannya wanita baik, InshaAllah mudah mendapat jodoh yang baik kerana lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. hehe..
Kesimpulannya, sesungguhnya wanita yang berhijab adalah wanita yang beruntung.